Bila 'terlanjur' atau 'curang', kita balik pada tujuan asal - Abam

Gempak
Ogos 20, 2018 12:18 MYT
Menurut Abam, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai nafsu dan selera makan yang kuat sehingga mengambil makanan secara berlebihan.
PELAWAK dan pelakon Abam mengingatkan orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan supaya tidak berputus asa dan memotivasikan diri setiap hari.
Menurut Abam, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai nafsu dan selera makan yang kuat sehingga mengambil makanan secara berlebihan.
"Alhamdulillah, saya harap proses penurunan berat badan saya ini akan terus berjaya sehingga mencapai berat 100 kilogram pada hujung tahun ini.
"Sebagai seorang manusia, saya juga kadang-kadang tergelincir juga bila tengok orang makan dan itu membuatkan saya juga turut makan secara berlebihan.
"Namun, apa yang saya boleh katakan mengenai diet ialah bila kita 'telanjur' dan 'curang', kita harus balik semula pada tujuan asal kita untuk kurus dan itu akan membuatkan kita kuat semula.
"Walaupun proses yang saya lalui ini bukan mudah, namun ia memberi kesan pada kesihatan serta memudahkan aktiviti harian saya," katanya pada Gempak.
Mengenai perkembangan lain, Abam kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza (SSX) pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
#Abam #Abam Bocey #Astro WARNA #berat badan #Bocey #curang #pelawak #Sotong Kangkung #Terlanjur
;