"Bila suami ditahan polis, baru saya tahu siapa kawan" - Datin Elvina

Gempak
Julai 16, 2018 13:09 MYT
Menurut Elvina, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati dan meminta dia meninggalkan suami di saat lelaki itu mengalami kesusahan. - Foto: Instagram Elvina
PELAKON Datin Elvina Mohamad mengakui kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya selepas mengetahui berita suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan dikatakan telah ditahan polis Mei lalu.
Menurut Elvina, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati dan meminta dia meninggalkan suami di saat lelaki itu mengalami kesusahan.
"Apabila mendapat berita suami saya ditahan oleh polis, sudah pasti saya dan keluarga bersedih.
"Namun selepas siasatan dilakukan kami tahu bahawa dia tidak bersalah sebaliknya ditahan hanya untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan. Kebetulan, pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya," katanya.
Elvina berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.
"Apa yang membuatkan saya lagi sedih bila suami ditahan adalah pada masa itu, baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan.
"Ada juga di kalangan kawan-kawan yang busuk hati, siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami. Sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar," katanya kepada Gempak.
Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. - Teks: Rozaimi Zubaidi
#Elvina Mohamad #Mohd Haniff Borhan #pelakon #perkahwinan #polis #siasatan
;