Bila lelaki pakai gaun di Oscar

Agensi
Februari 25, 2019 10:53 MYT
GAYA Billy Porter mengenakan gaun tuxedo ketika menghadiri acara Oscar di Hollywood. - Gambar AP
DI Hollywood segala-galanya berkemungkinan berlaku. Apa lagi di acara karpet merah untuk majlis Anugerah Oscar yang sedang berlaku di Los Angeles sekarang.
Dalam keghairahan artis-artis Hollywood melaram dengan persalinan elegan serta mewah, penyanyi dan aktor Billy Porter menarik perhatian penonton apabila muncul mengenakan gaun semasa melalui karpet merah.
Seperti yang semua orang sedia maklum, gaun lazimnya dikenakan oleh kaum wanita, tetapi Porter bagaikan sengaja mahu tampil kelainan dengan mengenakan tuxedo dipadankan dengan gaun.
Gaun tuxedo rekaan pereka fesyen Christian Siriano itu menggunakan material kain baldu berwarna hitam.
Menurut Siriano, dia hanya punya waktu selama seminggu untuk menyiapkan rekaan berkenaan.
"Pada pendapat kami, jika sekadar memakai tuxedo sama sahaja seperti kebiasaan. Harus lain daripada yang lain.
"Saya juga melihat belum ada mana-mana lelaki yang mengenakan gaun di karpet merah Oscar. Dan Porter sangat sesuai untuk mengenakannya," kata Siriano.
Gaun tuxedo yang dipakai Porter menjadi perhatian netizen di seluruh dunia.
#Billy Porter #Christian Siriano #Hollywood #Oscar
;