'Bila jual mahal, kata mahal sangat ... dah jual murah pun mengata lagi' - Che Ta

Gempak
Februari 8, 2019 14:00 MYT
Che Ta tidak puas hati. - Foto IG Rozita Che Wan
PELAKON Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta meluahkan rasa kesal apabila beg keluarannya dikatakan palsu akibat dijual dengan harga murah.
Menurut Che Ta dia bertindak menjual dengan harga sedemikian berdasarkan pengalaman lalunya.
"Ada yang kata HERA ni "awat murah sangat? Takkan la kualiti elok tapi juai murah? Ntah2 fake?
"Uolls ni kan..Bila juai mahai, kata mahai sangat.. Dah juai murah, pun komplen lagi?
"Kenapa I buat macam tu? Sebab I nak orang merasa..
"Macam mana 'feel' dia pakai benda yang berkualiti dan berkesan tapi pada harga yang mampu.
"Sebab apa? Sebab dulu I pun macam tu.
"Masa dulu-dulu sebelum ada kerjaya. Selalu teringin nak pakai yang mahal-mahal.
"Tapi tak berapa nak mampu..So skrg dah mampu sikit, I nak tolong pulak orang lain untuk dapat benda yang berkualiti dan tahan lama," tulisnya.
Rata-rata pengikut Che Ta bersetuju dengan tindakannya yang ingin membantu orang malah mendoakan moga terus dimurahkan rezeki dalam kerjaya.
#Instagram #karier #Rozita Che Wan #selebriti
;