'Bila doktor keluar dari bilik pembedahan dan beritahu ...' - Anak Lana selesai jalani pembedahan

Gempak
Februari 15, 2019 14:00 MYT
Lana memberitahu pembedahan kali kedua itu berjaya kerana jantung anaknya berfungsi secara normal. - Foto IG Lana Nodin
PELAKON Lana Nodin bersyukur kerana anaknya, William Daud McKinzie yang berusia dua bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 5 petang semalam.
Lana memberitahu pembedahan kali kedua itu berjaya kerana jantung anaknya berfungsi secara normal.
“Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur bila doktor keluar dari bilik pembedahan dan memberitahu anak saya selamat.
“Doktor kata pembedahan kali ini berjalan dengan lancar, saya sangat terharu
“Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya. Jasa kamu semua tak dapat saya lupakan,” katanya yang tidak henti mengalirkan air mata.
Lana mengemaskini tentang anaknya itu menerusi Live di Instagram iaitu sebaik sahaja anaknya selesai pembedahan.
Terdahulu, William dimasukkan ke ICU selepas jantungnya terhenti selama 10 minit sebelum prosedur pembedahan dilakukan.
#anak #IJN #Instagram #Institut Jantung Negara #jantung #kesihatan #Lana Nodin #masalah injap sempit #William Daud McKinzie
;