Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah

Asyraf Roslan
Jun 18, 2023 23:50 MYT
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh. Foto: Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.
Persembahan Coex menerusi lagu Cupid gagal memberi impak kepada barisan juri sehingga menempatkannya di tangga tiga terbawah bersama Dem Lepak Boyz dan Aufahanie.
Pada masa sama, selepas Waode mendapat 100 markah minggu lepas, kini gilran Nadeera Zaini pula mendapat markah sama daripada juri tetap, Aina Abdul, sekali gus membawa pulang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.
Bagi tugasan minggu kelapan, kesemua peserta akan membawakan lagu bertemakan Juri Pulak Memilih.
Peserta Big Stage diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul.
Mereka juga ditemani dua juri jemputan iaitu penyampai Radio Era, Namie (Presiden Netizen), dan penyanyi, Misha Omar sebagai juri jemputan untuk minggu ketujuh.
Big Stage 2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose dan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam serta dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
#Big Stage 2023 #Coex #Cupid #peserta berkumpulan
;