Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat

Asyraf Roslan
Mei 28, 2023 23:56 MYT
Persembahan Meer Nash menerusi lagu Rapuh nyanyian Nastia hanya mampu mengumpulkan 45.33 markah sekali gus meletakkan dia di tangga tiga terbawah.
SHAH ALAM: Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.
Persembahan Meer Nash menerusi lagu Rapuh nyanyian Nastia hanya mampu mengumpulkan 45.33 markah sekali gus meletakkan dia di tangga tiga terbawah.
Selain Meer Nash, Firdaus Rahmat dan Farhan Shah juga berada di tangga tiga terbawah selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahan masing-masing.
Persembahan menawan daripada Waode pula terus selesa berada di tangga pertama selama dua minggu sekali gus melayakkannya memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik untuk minggu keempat.
Untuk minggu kelima kesemua peserta yang masih bertahan akan membawakan lagu bertemakan “High School Crush”.
Peserta Big Stage diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul.
Mereka juga ditemani dua juri jemputan iaitu pempengaruh, Ceddy Ang (Presiden Netizen), dan Datuk Shafinaz sebagai juri jemputan untuk minggu keempat.
Big Stage 2023 bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
#Big Stage 2023 #Meer Nash #Rapuh #Waode
;