Big Stage 2022: Tiada rezeki! Ajoi Zainal gagal mara ke minggu akhir
Asyraf Roslan
Mac 21, 2022 11:44 MYT
Mac 21, 2022 11:44 MYT
PUTRAJAYA: Ajoi Zainal terpaksa melupakan hasratnya untuk merebut gelaran juara Big Stage 2022 apabila dia diumumkan sebagai perserta yang harus meninggalkan pentas tersebut pada malam Ahad.
Nyanyiannya menerusi lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan gagal memikat hati juri sekali gus meletakkannya di tangga tiga terbawah dengan markah 76.1 peratus.
Ajoi menduduki tangga tiga terbawah bersama Elica Paujin dan Tegar Septian.
Danial Chuer pula mampu menarik nafas lega apabila menduduki tangga pertama dengan kutipan markah sebanyak 93 peratus daripada juri sekali gus menjadi peserta pertama yang mara ke minggu akhir.
Selain Danial Chuer perserta lain yang turut mara ke pusingan akhir adalah Elica Paujin, Tegar Septian, Aisha Retno dan Yazmin Aziz.
Untuk minggu separuh akhir, kesemua peserta membawakan dua tugasan yang bertemakan flex dan battle mash-up.
Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta ditemani serta ditemani tiga juri jemputan iaitu Datuk Seri Vida (Presiden Netizen), Michael Ang (juri pedas) dan juara Gegar Vaganza musim ke-8, Alif Aziz selaku juri juara.
Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama lapan minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.