Big Stage 2022: Syafiq Abdilah, Megat Rahim tersingkir

Gempak
Mac 14, 2022 09:00 MYT
Syafiq Abdilah dan Megat Rahim diumum bintang yang tersingkir di konsert keenam Big Stage 2022 pada Ahad. -Gempak
TIADA rezeki, itulah ayat yang dapat diungkapkan kepada Syafiq Abdilah dan Megat Rahim selepas nama mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di konsert keenam Big Stage 2022 pada Ahad.
Syafiq Abdillah telah menyampaikan lagu "Jeritan Batinku" nyanyian asal oleh Azlan & the Typewriter.
Manakala Megat menyampaikan lagu "Kelentang Kelentong" nyanyian asal Hael Husaini.
Bagaimanapun kedua-duanya menerima keputusan dengan hati yang terbuka.
Berikut merupakan markah konsert minggu ini:
Aishah 97%
Danial 91.6%
Tegar 85.4%
Yazmin 81.2%
Ajoi 79.8%
Elica 68.4%
Syafiq 68.2%
Megat 62.2%
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama.
Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).
Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
*Artikel asal di Gempak
#Syafiq Abdilah #Megat Rahim #Big Stage 2022 #Siti Nurhaliza
;