Big Stage 2020: Azzam Sham, Usop mara ke pentas akhir, nasib tak menyebelahi Farisha Iris

Asyraf Roslan
September 27, 2020 23:57 MYT
Farisha yang membawakan lagu Semalam secara solo selain berduet bersama Syamel menyanyikan Ratusan Purnama, berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.
KUALA LUMPUR : Hanya satu langkah sahaja lagi untuk menuju ke minggu akhir, namun peserta Big Stage, Farisha Iris terpaksa akur apabila tersingkir pada minggu separuh akhir, malam ini.
Farisha yang membawakan lagu Semalam secara solo selain berduet bersama Syamel menyanyikan Ratusan Purnama, berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.
Sementara itu, Azzam Sham menepati ramalan netizen untuk mara ke pusingan akhir setelah mendapat markah tertinggi sebanyak 81 peratus.
Selain Azzam Sham peserta yang layak ialah Usop dan Fadh Majid.
Pada pusingan separuh akhir, perserta ditugaskan untuk menyanyikan lagu bertemakan Duominasi Platinum dan Terbang Tinggi iaitu lagu pilihan juri tetap Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.
Malam itu juga menyaksikan penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menjadi juri jemputan untuk mengadili persembahan peserta Big Stage 2020.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
#Big Stage #pusingan akhir #Farisha Iris #Syamel #Qody #Dinie #Duominasi Platinum #Terbang Tinggi
;