Big Bang buat 'comeback' di Coachella 2020!

Isabelle Leong
Januari 3, 2020 15:34 MYT
Kumpulan yang dianggotai G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung itu dijadualkan membuat persembahan pada 10 dan 17 April depan. - foto last.fm
SAH!
Kumpulan sensasi Korea Selatan, Big Bang akan membuat kemunculan semula (comeback) di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella) yang bertempat di California, Amerika Syarikat.
Berita tersebut disahkan menerusi laman web rasmi Coachella dan juga poster.
Kumpulan yang dianggotai G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung itu dijadualkan membuat persembahan pada 10 dan 17 April depan.
Dipercayai, Big Bang merupakan kumpulan K-Pop lelaki pertama untuk membuat persembahan di festival tahunan tersebut.

Weekend 1 is sold out Register for Weekend 2 presale at https://t.co/x8PRTb12Eh. Presale starts Monday 1/6 at 12pm PT pic.twitter.com/QPRYnJVe9P

— Coachella (@coachella) January 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penampilan mereka di festival tersebut juga menamatkan penantian peminat mereka.
Sebelum ini, Big Bang berehat seketika sejak 2017 apabila anggotanya menyertai perkhidmatan wajib tentera.
Manakala Seungri pula, yang mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan pada 2019, susulan dibelenggu skandal seks.
Seungri kini masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.
BACA: Big Bang janji bertemu semula apabila bunga mekar di 'Flower Road'
Artis Asia yang lain yang akan membuat persembahan termasuk lagenda hip-hop Korea Epik High, DJ Korea Peggy Gou, bintang J-Pop Kyary Pamyu Pamyu dan beberapa penyanyi daripada 88Rising.
#Amerika Syarikat #Big Bang #California #Coachella #Daesung #G-Dragon #K-pop #Korea Selatan #T O P #Taeyang
;