"Bidadari sayang" - Ramai puji Ustaz Ebit Lew angkat martabat isteri umpama bidadari

Gempak
April 23, 2019 11:48 MYT
Tutur katanya yang lemah lebut, pembawakannya yang sederhana, perkongsiannya yang penuh bermanfaat dan sikapnya yang suka turun padang bertemu orang ramai membuatkan dia amat disenangi. - Foto Instagram
PENCERAMAH dan pendakwah Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan bukan sahaja daripada orang ramai tetapi juga selebriti tempatan.
Tutur katanya yang lemah lebut, pembawakannya yang sederhana, perkongsiannya yang penuh bermanfaat dan sikapnya yang suka turun padang bertemu orang ramai membuatkan dia amat disenangi.
Malah dia juga sering berkongsi hal-hal peribadinya di Instagram terutamanya tentang isterinya yang digelar bidadari.
"I love u sayang. Bidadariku,sedih ke abang busy sangat. Sorry yer selalu busy tak sempat tolong sayang dekat rumah..semua ini tugas abang sebenarnya. Terima kaseh sayang bidadariku kerana mulianya hatimu. Kurnia Allah.
Taklah abang. Sebab setiap kali abang ada dekat rumah kita mesti sempat dating berdua. Berdua-duaan. Mengadap berdua. I love u abang..jom selfie abang..jom sayangku bidadariku," kongsi Ustaz Ebit Lew pada satu entri video di Instagramnya.
Setiap ayat yang disusun buat isterinya menggambarkan betapa dia begitu menghargai pengorbanan isterinya itu. Malah, dia mengangkat martabat isterinya umpama bidadari.
"Abang setiap kali lepas solat tak pernah tak sebut nama bidadari sayang dalam doa. Ya Allah diriku sangat cinta sayang padanya. Cintai dan sayangilah dirinya.
"Patutlah selalu rasa abang dekat hati sayang. Allah letak kita sentiasa bersama walau dimana-mana. Tiada yang satukan dekatkan hati kita melainkan Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini," tulis Ustaz Ebit lagi.
Ustaz Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga ada menulis buku yang bertajuk Isteriku Bidadari.
Kredit Gambar: Instagram
#angkat taraf isteri #bidadari #isteri #isteri umpama diri #pendakwah #Ustaz Ebit Lew
;