Bicara soal jodoh, Nora tak tolak ketentuan takdir

Gempak
Mac 11, 2019 07:07 MYT
NORA: Saya sendiri tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
PENYANYI Nora Ariffin mengakui dia pernah terfikir untuk hidup sendirian selepas pemergian arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Namun, pandangan pemilik nama penuh Wan Norafizah Ariffin, 46 tahun, ini berubah selepas bertemu seorang ustazah.
"Sejujurnya, saya pernah terfikir dan meluahkan rasa untuk meneruskan hidup sendirian selepas pemergian arwah suami. Namun begitu, ada seorang ustazah yang saya temui memberikan pandangan berbeza.
"Dia menyedarkan saya bahawa jodoh dan pertemuan di tangan Allah dan semuanya ditetapkan oleh takdir. Saya sendiri tak boleh menolak ketentuan," kata Nora.
Tambah Nora, buat masa sekarang, dia lebih selesa bersendirian menguruskan perniagaan yang diusahakan oleh arwah suami bersama anak-anak.
"Saya sendiri tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Namun begitu, buat masa sekarang, saya masih belum bersedia untuk mencari pengganti.
"Saya cuma memohon semua mendoakan yang terbaik untuk saya. Doa yang baik-baik, Insya-Allah apa yang datang nanti baik-baik belaka," katanya lagi.
Nora ditemui di sidang media Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019 yang diadakan di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Menerusi acara yang diadakan pada 25 April depan, Nora bakal bergabung menghiburkan penonton bersama Aishah dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir.
#artis #jodoh #Nora Ariffin #penyanyi #perkahwinan #selebriti
;