Beyonce, Jay Z paten nama anak kembar
Agensi
Julai 1, 2017 17:50 MYT
Julai 1, 2017 17:50 MYT
PASANGAN Beyonce dan Jay Z akhirnya mendedahkan nama anak kembar mereka.
Mereka memilih nama Rumi Carter dan Sir Carter.
Nama kedua-dua kembar itu turut didaftarkan sebagai hak cipta.
Menurut sumber, dokumen hak cipta itu menyatakan nama berkenaan akan digunakan untuk pelbagai barangan, termasuk barangan bayi.
Bayi kembar itu dilahirkan 17 Jun lalu di Los Angeles.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Blue Ivy Carter.