Beyonce bersama Destiny's Child di Super Bowl
AFP
Februari 4, 2013 12:41 MYT
Februari 4, 2013 12:41 MYT
Diva pop Beyonce menghiburkan penonton Super Bowl dengan persembahan separuh masa yang cukup bertenaga, sekaligus menjadi pentas untuk kemunculan semula kumpulan Destiny’s Child.
Padang dikosongkan apabila Baltimore Ravens mendahului San Francisco 49s dan diambil alih oleh Beyonce, yang kini berusia 31 tahun. Percikan bunga api bermula dan Beyonce mempersembahkan single pertama beliau sebagai artis solo “Crazy in Love”.
Beyonce nampak tenang untuk membuat persembahan berskala besar selama 15 minit, namun cabaran paling penting adalah apabila ahli Destiny’s Child Kelly Rowland dan Michelle Williams turut diundang untuk membuat persembahan bersama.
Mereka yang memakai baju kulit hitam turut diiringi puluhan penari dan pemuzik wanita.
Antara hit Beyonce yang dipersembahkan adalah “Bootylicious,” “Halo” dan “Single Ladies (Put a Ring on It)”.Persembahan beliau jauh berbeza berbanding persembahan bertenaga Madonna tahun lepas.
“Terima kasih atas kesempatan ini” laung Beyonce terhadap peminat yang bersorak ketika persembahan berakhir.
Beyonce berjanji untuk menyanyi secara langsung untuk Super Bowl, setelah mengakui menyanyi lagu kebangsaan Amerika Syarikat “The Star-Spangled Banner” secara miming ketika majlis angkat sumpah Presiden Barack Obama buat penggal kedua.
Menyanyi lagu yang sama sebelum permulaan permainan adalah Alicia Keys yang turut bermain piano.
Jennifer Hudson dan murid-murid dari Sekolah Rendah Sandy Hook Newtown, turut berganding menyanyikan lagu “America the Beautiful.”