Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65

Bernama
November 16, 2022 16:21 MYT
Kendrick Lamar (kanan) mengekori di belakang Beyonce (kiri) dengan lapan pencalonan diikuti Adele (tengah) dan Brandi Carlile, masing-masing tujuh pencalonan.
LOS ANGELES: Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy pada Selasa.
Bintang pop itu dicalonkan dalam pelbagai kategori utama termasuk menerusi lagu "Break My Soul" yang dicalonkan untuk kategori Record of the Year dan Lagu Terbaik manakala album "Renaissance" tercalon bagi kategori Album Terbaik, lapor Xinhua.
Pencalonan itu sekali gus menjadikan Beyonce dan suaminya JAY-Z artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy.
Kendrick Lamar mengekori di belakang Beyonce dengan lapan pencalonan diikuti Adele dan Brandi Carlile, masing-masing tujuh pencalonan.
"Meraikan keajaiban muzik menjadi teras kami di Recording Academy dan hari ini kami berbangga serta berbesar hati meraikan kuasa muzik bersama-sama peminat semua...," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rakaman. Akademi Harvey Mason Jr dalam siaran akhbar.
Anugerah Grammy tahunan dianjurkan Recording Academy untuk mengiktiraf pencapaian dalam industri muzik Amerika Syarikat. Anugerah Grammy tahunan ke-65 akan kembali ke Arena Crypto.com Los Angeles pada 5 Feb 2023.
-- BERNAMA
#Grammy #Beyonce #Kendrick Lamar #Adele
;