Bertudung sempena Maal Hijrah, Serina Redzuawan dipuji manis

Gempak
September 11, 2018 18:11 MYT
SERINA: Serina ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua, Moga segala kesedihan dan kisah duka dapat di buang jauh dalam hidup. -Instagram
SEMPENA Maal Hijrah semalam, pelakon Serina Redzuawan memuat naik fotonya manis bertudung di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Serina turut memberi ucapan sempena tahun baharu dalam kalendar Islam itu.
Menurut anak kepada Chef ternama Malaysia, Chef Wan itu segala kesedihan dan dugaan yang dihadapi sepanjang tahun lalu mahu dibuang jauh dan akan terus melangkah ke hadapan.
“Serina ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua, Moga segala kesedihan dan kisah duka dapat di buang jauh dalam hidup.
“Bila kita diduga itu tandanya Allah swt sayang pada kita. Bila Allah swt buka mata kita tunjuk kebenaran siapa sahabat siapa musuh dalam selimut,itulah Hikmah terbaik.
“For me dalam hidup pasti ada dugaan jangan mengeluh terus langkah ke hadapan. Fikir dan renungkan wajah Insan Tercinta yg perlu kita tanggung dan Bela nasib mereka.
“Moga kita semua di lindungi dan dilimpahkan rezeki serta di berikan kebahagiaan dunia akhirat,” tulisnya.
Bagaimanapun, fotonya bertudung itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji imej tersebut.
Malah, ada pengikutnya yang berharap agar imej tersebut dapat dikekalkan atau istiqomah.
"Tenang hati tengok wajah Serina berhijab..moga istiqomah.
"Alhamdulillah, moga istiqmah terus berhijab," komen beberapa pengikutnya.
Namun Serina tidak menyatakan imej tersebut adalah kekal atau sebaliknya.
#Chef Wan #Instagram #kalendar Islam #Maal Hijrah #manis bertudung #Serina Redzuawan #tahun baharu
;