Bertudung atau tidak, itu hak individu - TMJ

Azyyati Ahmad
Ogos 6, 2016 21:45 MYT
Tunku Mahkota Johor sewaktu membuat penampilan dalam program bual bicara Obviously harith iskander pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Setiap individu mempunyai hak untuk melakukan sesuatu asalkan ia bersesuaian dan tidak bercanggah dengan keadaan semasa.
Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam isu bertudung, seseorang itu tidak berhak diadili hanya kerana mereka memilih untuk tidak memakai tudung.
“Dalam agama, tiada siapa yang berhak mengadili seseorang individu, tiada siapa yang berhak mengatakan anda akan ke syurga atau anda akan ke neraka. Itu kerja Tuhan,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai sikap prejudis sesetengah individu berhubung isu tersebut.
“Ya, isteri dan adik saya sering mendapat persoalan, 'mengapa tak pakai tudung?' Itu hak mereka. Mereka bukan buat sesuatu yang tidak senonoh, mereka hanya memilih untuk tidak memakai tudung.
“Saya tak tahu mengapa ada orang yang sangat menghakimi perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam bahagian kedua episod 11 rancangan bual bicara "Obviously Harith Iskander" di Astro AWANI pada Sabtu.
#OHI #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor
;