"Bertenang semua di luar sana" - Mesej Neelofa dari Langkawi
Astro Awani
April 1, 2021 15:55 MYT
April 1, 2021 15:55 MYT
KETIKA seluruh masyarakat membincangkan kontroversi perjalanannya merentas negeri menuju Pulau Langkawi, pengantin baharu, Neelofa tampil menjelaskan situasi sebenar.
Dalam hantaran di IG Story pada Khamis, Neelofa memberi bayangan bahawa kunjungannya ke pulau percutian itu bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz atas urusan perniagaan.
“Bertenang semua di luar sana… tak launch lagi (dapat) free marketing, dah gegar satu negara... syukur rezeki Allah atur,” kata Neelofa dalam hantaran berkenaan.
Seperti yang dijelaskan sebuah syarikat pembekal makanan dan minuman popular, pengacara dan usahawan itu dan suaminya sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu.
Sementara itu, dalam hantaran di akaun selebriti itu yang diikuti oleh 8.5 juta pengikut, Neelofa juga berkongsi cerita perjalanan dan foto-foto romantiknya dengan PU Riz ke Langkawi.
[INFOGRAFIK] Corat coret di Majlis Akad Nikah Neelofa & Haris Ismail
Perkahwinan | Neelofa dan Haris disatukan hari ini
Terdahulu, kerajaan Kelantan mengiktiraf Neelofa dengan menganugerahkannya Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.
Jelitawan berusia 32 tahun yang dilahirkan di Pasir Mas itu salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut.
HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.
Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.