Bertanding pilihan raya Presiden AS? Ini reaksi Scarlett 'Black Widow' Johansson
Afiq Ariffin
April 25, 2019 07:09 MYT
April 25, 2019 07:09 MYT
PELAKON jelita yang membawakan watak Black Widow dalam filem Marvel Avengers: Endgame, Scarlett Johansson tidak menolak kemungkinan bakal bertanding dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada satu hari nanti.
Memetik laporan berita Variety, walaupun dia belum memegang apa-apa jawatan politik pada masa ini, Johansson berkata dia mungkin akan memulakan kempennya pada masa depan.
“Mungkin pada masa akan datang.
“Saya rasa cara terbaik untuk membuat sesuatu perubahan adalah menerusi politik tempatan, mungkin pada satu masa nanti saya terpanggil (untuk bertanding), tetapi bukan masa ini,” kata Johansson ketika ditanya oleh pemberita mengenai inspirasi politiknya.
Tambahnya lagi, dia seakan terpanggil untuk bertanding dalam pilihan raya negara itu dan mungkin akan mengadakan kempennya pada masa akan datang.
Johansson kini sedang giat melakukan promosi bagi filem terbaharunya, Avengers: Endgame yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam seluruh dunia.