Bertanding dengan logo gajah, ini 8 perkara anda perlu tahu tentang Azwan Ali

Zaim Ibrahim
April 26, 2018 11:39 MYT
Azwan Ali akan bertanding pada PRU14 sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo Gajah di DUN Bukit Antarabangsa. - BERNAMA/Fail
SELEBRITI televisyen yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, Azwan Ali mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai calon Bebas dengan menggunakan logo Gajah.
Beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bagi menentang penyandang yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sejauh mana "Diva AA" akan memberi impak kepada Mohamed Azmin dan apakah pula manifesto beliau?
Sama-sama kita nantikan Hari Pengundian pada 9 Mei ini.
1. Nama penuh ialah Mohamed Azwan bin Haji Ali, bapanya merupakan seorang guru agama.
2. Dilahirkan pada 13 Feb 1966 dan dibesarkan di Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur.
3. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya.
4. Terkenal pada era 1990-an sebagai pengacara "Muzik-Muzik" dan "Anugerah Juara Lagu" terbitan sebuah stesen televisyen swasta.
5. Merupakan penerbit dan pengacara program "Cit Cat Azwan" dan "Amboi Amboi Amboi" di Astro selama 15 tahun.
6. Pernah membintangi filem "Aku No.1" dibawah arahan Datuk Aznil Nawawi.
7. Bergaduh dengan abangnya Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, sehingga pernah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai 'salah laku' abangnya. Namun sehingga kini, tiada tuduhan dilakukan.
8. Pernah bertanding dalam program memasak "Masterchef Selebriti Malaysia" pada 2012 tetapi tersingkir pada minggu keenam apabila ditugaskan memasak hidangan bertemakan mee.
#Azwan Ali #Barisan Nasional #bertanding #calon Bebas #Diva AA #Gagasan Sejahtera #gajah #kontroversi #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #PRU14
;