Bersungguh kuruskan badan untuk kahwin, niat Zulin Aziz tidak kesampaian
Gempak
Oktober 7, 2018 15:25 MYT
Oktober 7, 2018 15:25 MYT
Pelakon Zulin Aziz mengakui telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin menjelaskan dia sanggup menurunkan berat badannya supaya kelihatan cantik di hari perkahwinannya nanti namun niatnya itu tidak kesampaian.
"Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumah tangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu. Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
"Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia. Saya bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.
"Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri, saya ciptakan lagu khas buatnya. Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.
"Segalanya sudah dirancang kemas, tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yang dijanjikan. Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.Lagu pun dah siap, tak sabar saya nak bagi dia dengar. Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
"Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya tidak dapat saya kongsi kerana terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.