'Bersama lagi rupanya' - Netizen doakan kebahagiaan Emma Maembong dan Syed Abdullah

Gempak
Februari 25, 2019 14:00 MYT
Foto tersebut menunjukkan Syed Abdullah bersama aktres Emma Maembong menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalan rapat mereka. - Foto IG Syed Abdullah
ABANG kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.
Foto tersebut menunjukkan Syed Abdullah bersama aktres Emma Maembong menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalan rapat mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Malah, terdapat segelintir peminat yang mengharapkan hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.
#Emma Maembong #Instagram #selebriti #Syed Abdullah
;