Berlakon lebih 2,000 episod sinetron, Ashraf Sinclair dah lupakan Malaysia? Ini penjelasan empunya badan
Gempak
Julai 11, 2019 07:55 MYT
Julai 11, 2019 07:55 MYT
SIAPA sangka, semenjak berhijrah ke Indonesia, pelakon Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah berlakon dalam lebih 2,000 episod sineteron.
Namun, dalam meniti kejayaan di sana, Ashraf berkata, dia tidak sekali pun pernah melupakan industri tanah airnya di Malaysia.
Menurutnya, Malaysia adalah negara yang menjadikan dia sebagai anak seni sehingga ke hari ini.
“Industri hiburan Malaysia yang telah membesarkan dan membangunkan saya sebagai seorang anak seni.
“Sebab itulah saya berharap beberapa projek terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi akan menyegarkan semula nama saya dalam industri hiburan tempatan,” katanya.
Menurut Ashraf, dia juga berharap pembabitannya dalam filem terbaru, J Retribusi akan akan mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia.
"Buat pertama kalinya peminat akan lihat saya beraksi dalam satu filem bersama rakan lama saya, Zul Ariffin.
"Dalam filem ini saya bawa watak antagonis bernama Taufik. Apa yang boleh saya katakan Taufik ini sebagai licik, seorang yang ‘opportunist’ tapi pada yang masa, dia amat tenang.
"Dia bukan watak antagonis yang terburu-buru, dia lebih cool dan chill. Permainan watak saya lebih ke arah emosi," katanya ketika ditemui di set penggambaran J Retribusi.
Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan bakal ditayangkan pertengahan tahun depan.
Ashraf akan bergandingan dengan pelakon Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.
#Ashraf Daniel Mohammed Sinclair
#Ashraf Sinclair
#Bunga Cinta Lestari
#filem
#hiburan
#Indonesia
#J Retribusi
#J Revolusi
#Malaysia
#pelakon
#Zul Ariffin