Berita M. Daud Kilau meninggal dunia palsu

Nizam Bakeri
Februari 13, 2016 14:03 MYT
Datuk M. Daud Kilau yang dihubungi Astro AWANI petang tadi mengesahkan beliau masih sihat dan baru selesai bersiar-siar di Kuala Lumpur - Foto BERNAMA
Berita yang tersebar di media sosial hari ini berkenaan kematian Datuk M. Daud Kilau merupakan berita palsu.
Datuk M. Daud Kilau ketika dihubungi Astro AWANI melalui panggilan telefon sebentar tadi mengesahkan beliau masih lagi sihat.
Penyanyi yang masyhur dengan lagu Gila Judi dan Cik Mek Molek itu berkata dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersiar-siar di Kuala Lumpur.
“Saja ambil angin, jalan-jalan. Tak elok juga kalau duduk di rumah saja,” tambahnya.
Mengenai khabar angin kematiannya yang bukanlah kali pertama tersebar, Raja Gelek Malaysia itu memberi komen ringkas:
“Biarkanlah. Biarkanlah mereka.”
Januari lalu, penyanyi itu dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat bagi komplikasi membuang air kecil.
Khabar angin kematiannya tersebar hari ini di Facebook selepas beberapa pengguna berkongsi pautan sebuah blog yang menggunakan tajuk utama palsu.
#berita Datuk M. Daud kilau meninggal dunia #Datuk M. Daud Kilau masih hidup #Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia palsu
;