'Beri saya ruang, saya perlu bernafas dan berfikir' - Linda Rafar

Gempak
Januari 7, 2019 20:00 MYT
Terdahulu, Linda Rafar meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, dirawat.
PENYANYI kumpulan Elite, Linda Rafar memberitahu usah bimbang dengan dirinya kerana dia kini berada dalam keadaan yang baik.
Linda meminta supaya memberinya ruang untuk berfikir kerana buat masa ini dia buat keputusan untuk mendiamkan diri.
“To all my followers.. don’t worry to much I’m ok… Its okay to keep silent than being bold. For bold could be injurious and silent could be gold.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, concern dan highest understanding to give me the space i need to breathe and think. Will keep u guys posted on my progress,” tulisnya.
BACA: Isu layanan jururawat, Linda Rafar dituntut buat permohonan maaf
BACA: Isu layanan jururawat, KKM ambil serius aduan Linda Rafar
BACA: "Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki jururawat" - Wanita tampil jawab Linda Rafar
Linda berkongsi luahan perasaannya di akaun Instagram (IG).
Terdahulu, Linda Rafar meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, dirawat.
Linda berkata, permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari 3 pagi hingga 1.30 petang Khamis.
Status yang dimuat naik di Instagram Story miliknya itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#Hospital #Instagram #jururawat #Kementerian Kesihatan #KKM #Linda Rafar #Malaysia #saman
;