Berhenti sebar berita palsu, #SorryFromMalaysia trending di media sosial

Asyraf Roslan
Februari 23, 2021 10:09 MYT
Peminat-peminat K-pop terutamanya meminta agar isu berkaitan Lisa dan Janna Nick tidak dibesar-besarkan dan berhenti untuk menjadi wakil kepada fandom masing-masing.
BEBERAPA hari ini, nama pelakon dan pengacara Janna Nick kecoh di media sosial.
Ia berikutan isu mempersendakan nama salah seorang ahli kumpulan K-pop terkemuka Blackpink iaitu Lalisa Manoban dalam sebuah telefilem.
Perkara tersebut mendatangkan kemarahan peminat kumpulan tersebut serta netizen kerana menganggap pelakon drama bersiri Marry Me Senorita itu tidak pandai menghormati seseorang.
Dalam amarah yang berlangsung di media sosial, timbul pula satu isu di mana tercetusnya berita yang tidak benar kononnya berlaku di Korea Selatan melibatkan rakyat Malaysia di sana.
Terdapat beberapa kemas kini mengatakan bahawa pelajar Malaysia di sana dikeluarkan daripada group belajar dan ada juga yang dibuang kerja gara-gara isu yang melibatkan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner.
Namun, pelajar Malaysia di Korea, Sabrina Azhar melalui sebuah video menyatakan bahawa semua perkara itu tidak berlaku dan ia tidak benar.
"Saya baik-baik sahaja, pelajar Malaysia yang lain juga begitu,"
"Saya ada baca beberapa berita mengenai pelajar Malaysia yang dikeluarkan daripada group dan sebagainya, saya rasa itu semua tidak benar dan anda tak perlu risau," katanya.

all is well from the land of kimchi pic.twitter.com/nGQs9LJndA

— (@jpbrinx) February 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah seorang pelajar Malaysia di Korea, Naufal Omar juga menyatakan bahawa mereka yang membawa cerita ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.

At this point I'm pissed off with the person who spread false rumors about the students here. Y'all ain't got any solid proof about it yet exaggerate things this quick. We all doing fine here alhamdullilah

— NauHun (@NaufalOmar98) February 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
Pagi ini pula trending di media sosial tanda pagar, #SorryFromMalaysia di mana mengundang tidak puas hati beberapa pihak.
Menurut mereka, berhenti lakukan perkara yang memalukan seperti ini kerana rakyat Korea sendiri tidak tahu apa yang sedang terjadi melibatkan penyanyi berusia 26 tahun yang popular dengan lagu Mungkin Saja.
Peminat-peminat Kpop terutamanya meminta agar perkara ini tidak dibesar-besarkan dan berhenti untuk menjadi wakil kepada fandom masing-masing.

Okay but why trend this, I mean Korean didn't know about this and we should like apologise each other not this#SorryFromMALAYSIA

— okey dokey (@ChangLovey) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

lets not trend this , its not our fault . its janna fault so let her apologize herself . and korean does not know abt this so just keep silence #SorryFromMALAYSIA

— (@nnurulliizah) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

dont be so overacted msia , they lots prob at there and they doesnt care abt us duhhh #SorryFromMALAYSIA

— improve (@raryqlr) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I think we should stop spreading about this case. Korean didnt do nothing about malaysian people at korea. #SorryFromMALAYSIA pic.twitter.com/NoNsoVaCj3

— syakir (@luvjjungkoo) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Like fr, they making all the kpopers looks sooo horrible. Some of us didnt really participate with all that happened , like I just focusing on koreaboo thing yesterday

— (@multimultiest) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Janna Nick #Lisa BLACKPINK #Kpop #Korea Selatan #media sosial #Lalisa Manoban #SorryFromMalaysia
;