Bergaduh dengan BFF, Kylie Jenner sanggup sewa rumah RM1.88 juta sebulan!
Gempak
Mei 22, 2019 09:35 MYT
Mei 22, 2019 09:35 MYT
PERSONALITI, sosialit dan usahawan popular, Kylie Jenner bakal menyewa sebuah rumah agam yang terletak di Malibu, California untuk percutian musim panasnya.
Menerusi laporan HollywoodLife.com, antara sebab lain Kylie berbuat demikian adalah untuk menenangkan dirinya di tempat baru selepas pergaduhan bersama teman rapatnya Jordyn Woods yang tinggal di rumahnya sebelum ini.
"Jordyn telah keluar dari rumah Kylie dan sudahpun mengangkut semua barangnya.
"Kylie masih menyayangi rumah lamanya di Calabasas itu, namun pada masa yang sama, dia perlukan tempat baru untuk mencari ketenangan," kata sumber.
Difahamkan, bayaran sewa rumah agam tersebut mencecah AS$450,000 (RM1.88 juta) sebulan, ia terletak berhampiran pantai dan dipenuhi dengan kelengkapan serba mewah.
Terdahulu, Jordyn telah mengundang kemarahan Kylie dan seluruh ahli keluarganya apabila menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kakaknya, Khloe Kardashian. - Sumber : HollywoodLife.com