Bercuti di Taiwan, Yana Samsudin dan suami sweet sangat!
Gempak
Jun 12, 2015 16:22 MYT
Jun 12, 2015 16:22 MYT
PELAKON Yana Samsudin bersama suami tersayang, Fadzil Zahari sedang menghabiskan masa bersama dengan bercuti di Taipei.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah kecomelan dan sikap manja Yana semakin terserlah ketika bersama suaminya.
Lebih-lebih lagi Kak Yong Yana ini juga nampaknya makin cantik selepas mengenakan hijab.
Yana dan Fadzil juga turut berkongsi foto-foto ‘sweet’ mereka di akaun Instagram masing-masing utnuk berkongsi kegembiraan bersama peminat tersayang.
Dengan menggunakan hashtag #YSFZ dan #YSFZXTaipei itu, rata-rata peminat memberikan komen positif di mana mereka gembira mellihat kebahagiaan dan juga cara suaminya melayan artis kesayangan mereka.
Difahamkan, Yana dan Fadzil terbang ke Taiwan untuk program Romantika Astro yang bakal di tayangkan tidak lama lagi.
Di sini Astro Gempak ingin kongsikan beberapa foto sweet pasangan romantik itu yang diambil menerusi akaun Instagram mereka.