"Bercinta dengan model antarabangsa bernama Iman bukan propa" - Pekin Ibrahim

Gempak
Disember 12, 2017 12:21 MYT
PEKIN: -Siapa tak nak kahwin. Sebagai seorang lelaki normal semestinya keinginan untuk kahwin itu ada. Cuma masa saya belum tiba." - Foto Instagram

PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim menafikan tuduhan sesetengah pihak mengatakan dia menipu tentang kisah percintaannya dengan seorang model antarabangsa.

Pekin ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia dan model dikenali sebagai Iman masih bersama dan tiada sebab untuknya menipu mengenai perkara tersebut.
“Buat apalah saya nak ‘propa’...Kami masih bersama, orang boleh cakap apa sahaja kerana tidak pernah melihat saya mendedahkan dia (di laman sosial).
“Biarlah saya berkongsi mengenai kerja dan projek terkini bersama peminat, itu lebih baik daripada berkongsi cerita peribadi,” katanya.
Pekin ditemui ketika tayangan perdana filem KL Wangan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang kahwin, Pekin mengakui dia ada perancangan ke arah itu tetapi mahu mengumpul lebih banyak aset sebelum bergelar suami.
“Siapa tak nak kahwin. Sebagai seorang lelaki normal semestinya keinginan untuk kahwin itu ada. Cuma masa saya belum tiba.
“Saya sekarang sedang bekerja keras kumpul duit dan harta dahulu, selepas itu baru boleh fikir kahwin. Ibu dan bapa saya juga faham dan mereka tidak memberi tekanan untuk saya kahwin sekarang atau dalam masa terdekat,” ujarnya.
Terbaharu, Pekin bakal muncul dalam filem KL Wangan yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 21 Disember ini.
Filem terbitan Centro Picture yang menelan belanja hampir RM5 juta ini turut menampilkan pelakon hebat antaranya Faizal Hussein, Emily Lim, Jasmin Suraya dan Kazuto San.

Foto: Instagram

#filem #kahwin #KL Wangan #laman sosial #Malaysia #model #Pekin Ibrahim #pelakon
;