'Berat turun ke 57kg' - Aishah dah muat baju tahun 1993, impian pakai kebaya raya tercapai

Gempak
April 16, 2023 18:18 MYT
Menurut Aishah, dia mengalami penyusutan berat badan selepas berpuasa selama 20 hari. -Gempak
PENYANYI Datuk Aishah menyatakan rasa gembira apabila hasratnya untuk memaki baju kebaya tahun ini tercapai.
Menurut Aishah, dia mengalami penyusutan berat badan selepas berpuasa selama 20 hari.
“Impian untuk memakai kebaya raya tahun ini tercapai (insya-Allah). Sebahagian dari taktik saya dalam my weight loss journey.
“Selepas kena denggi hari itu, berat turun ke 58kg, kemudian naik sedikit ke 60kg semula. Selepas berpuasa 20 hari turun ke 57kg.
“Saya berkemas-kemas terjumpa sepasang baju lama. Seriously baju ini sebahagian dari wardrobe perkahwinan saya pada tahun 1993.
“Baju full lace berusia 30 tahun yang seingat saya dipakai di reception di Singapore. My goodness saya actually fitted the baju,” kongsinya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada penyanyi bersuara merdu itu antaranya:
“Alhamdulillah impian akak dah tercapai. Impian saya ke laut ni, tak boleh jadi ni lepas raya kita jaga makan balik,”
“Mak aih baju tahun 1993 muat balik. Tahniah kak. Alhamdulillah,”
“Fuh tahniah kak! Goal achievement!”
Untuk info, Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric atau pintasan usus pada tahun 2018 atas sebab kesihatan. -Gempak
#Aishah #Selepas Puasa 20 Hari #berat turun ke 57kg #penyusutan berat badan
;