Berat naik hampir 90kg, Zizie Izette tak pernah bimbang

Gempak
Disember 29, 2017 15:11 MYT
Zizie merancang mengembalikan berat badan asalnya selepas bersalin dengan menjalani proses berpantang dengan betul. Foto Astro GEMPAK
Bakal melahirkan bayi kembarnya pada bila-bila masa, pelakon Zizie Izette mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram (kg).
Zizie Izette menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata dia tidak bimbang memikirkan berat badannya yang naik dengan banyak asalkan bayinya sihat.
Pun begitu, Zizie memberitahu dia perlu kembalikan berat badan asalnya selepas bersalin ini dengan menjalani proses berpantang dengan betul.
Mengenai perkembangan terbaharu, Zizie mengesahkan dia sudah dimasukan ke hospital untuk menanti kelahiran bayinya yang dijangka keluar tidak lama lagi.
#bayi #berat badan #berpantang #bersalin #Instagram #kembar #mengandung #Zizie Izette
;