Berada di Mekah, Ya Habibi panggilan manja Anzalna kepada suami

Gempak
April 8, 2016 17:35 MYT
Sama seperti umat islam yang lain, Anzalna juga tidak terlepas merakamkan detik-detik terindah ketika berada di tanah suci itu untuk dikongsi bersama pengikut Instagram (IG) nya.

PELAKON Anzalna Nasir kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah bersama suami Hanif Zaki serta kedua ibu bapanya sejak Selasa lalu.

Sama seperti umat islam yang lain, Anzalna juga tidak terlepas merakamkan detik-detik terindah ketika berada di tanah suci itu untuk dikongsi bersama pengikut Instagram (IG) nya.
Bagaimanapun, satu video yang dimuat naik aktres itu mendapat perhatian peminat di mana video tersebut memperlihatkan Anzalna tersenyum sambil memanggil suaminya ‘Ya Habibi’ yang membawa masksud sayang dalam bahasa Arab dengan manja.
Panggilan itu kemudiannya disahut kembali oleh suaminya dengan memberi gelaran ‘Ya Maulana’ kepada isteri tersayang.
Pengikut IG Anzalna dan Hanif yang telah melihat video itu rata-rata meninggalkan komen-komen sweet dan mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.
Tidak kurang juga yang memberikan pujian kepada pasangan ini kerana tidak menunjukkan aksi manja berlebihan di media sosial.
Di sini, Astro Gempak kongsikan foto-foto serta video menarik Anzalna dan Hanif di Mekah.

#Anzalna Nasir #Hanif Zaki #kongsi di instagram #Mekah #ya habibi #ya maulana
;