Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music

Gempak
Disember 23, 2024 08:30 MYT
Foto Gempak
ISU pembatalan Konsert One Love Music Festival yang dilakukan pada saat akhir masih hangat diperkatakan di media sosial.
Rata-rata netizen terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Kongsi keputusan peperiksaan
Malah sehinggakan ada individu yang berkongsi keputusan peperiksaan percubaan SPM penganjur yang juga pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil.
Ha kau refund duit aku sekarang,” tulis individu tersebut.

Power jugak budak lahir tahun 2001 boleh buat event besar macam ni. Tapi tu lah, selamba dia letak nombor IC kat bawah dan selamba dia jugak announce event cancel satu malam sebelum... Even artis semua pun baru tahu malam ni. Hahahahahahahaha. pic.twitter.com/8kIoM62CPU

— (@pkckAm) December 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara tersebut berlaku selepas penganjur difahamkan telah meletakkan nombor kad pengenalannnya menerusi kenyataan rasmi pengumuman pembatalan konsert.
Untuk makluman, Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember lalu dibatalkan pada sehari sebelum acara.
Penganjur juga pengasas Tuff KL memaklumkan keputusan itu diambil berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.
Malah, pihaknya turut memohon maaf atas segala kesulitan dan akan berusaha untuk proses pengambalian wang kepada pembeli tiket.
Untuk info, One Love Music Festival bagi edisi kali ini merupakan sebuah acara muzik membabitkan penampilan 12 penyanyi dan band dari Malaysia dan Indonesia.
Antaranya termasuk Hujan, Drama Band, Masdo, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta selain Salma Salsabil, Nadin Amizah serta Nabila Taqiyyah. - Gempak
#konsert batal #One Love Music Festival #peperiksaan percubaan SPM #Muhammad Zul Aqil
;