Benarkah Elizabeth Tan sudah kahwin?
Astro Awani
Mac 21, 2021 14:58 MYT
Mac 21, 2021 14:58 MYT
KUALA LUMPUR: Tanpa sebarang spekulasi, diam-diam sahaja penyanyi terkenal, Elizabeth Tan dilaporkan sudah menamatkan zaman solonya.
Foto-foto didakwa dirakamkan di majlis pernikahannya mula tular di sosial media sejak tengah hari ini.
Dalam beberapa foto yang dikongsi oleh David Tan Suan Chew di Facebook peribadinya itu menunjukkan artis popular itu bersama seorang lelaki berdiri di hadapan paderi.
David yang difahamkan bapa kepada Elizabeth turut menulis kapsyen yang jelas membawa maksud anaknya itu sudah bergelar isteri orang.
“Anak perempuan terakhirku,” tulis David dalam hantaran itu.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi pengesahan mengenai tanda tanya berkenaan.
Bahkan, hampir kesemua media utama tanah air belum berpeluang mendapatkan kenyataan daripada penyanyi yang sangat popular dengan lagu Knock Knock dan Semua Sudah itu.
Jika benar berita gembira itu, tahniah diucapkan buat Elizabeth atau lebih popular dengan panggilan Lizzy.