Benarkah Aiman Tino yang berbogel dalam video itu? Ini jawapan tuan punya badan...

Astro Awani
Mac 12, 2019 16:23 MYT
AIMAN Tino sedang kenal pasti jalan terbaik untuk selesaikan kontroversi penyebaran video kurang sopan yang dikaitkan dengan dirinya. - Gambar fail
PENYANYI muda popular, Aiman Tino memohon kerjasama semua pihak agar memberikannya ruang sebelum dia tampil memberi penjelasan mengenai penyebaran video kurang sopan yang didakwa dirinya.
Pihak pengurusan Aiman difahamkan sedang mengenal pasti jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak berlarutan.
Aiman, 21, turut mengharapkan isu tersebut tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkannya semula.
“Aiman memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada mereka atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier Aiman selama ini.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan yang berterusan. Aiman sayang anda semua,” kata Aiman dalam kenyataan yang diedarkan.
Pada Isnin, peminat setia Aiman dan netizen dikejutkan dengan video seorang jejaka yang dipercayai mirip Aiman melakukan aksi kurang sopan dalam sebuah bilik tersebar.
Sehubungan itu, netizen tertanya-tanya sama ada benar Aiman lelaki yang kelihatan dalam video berkenaan.
#Aiman Tino #kontroversi #Ku Rela Dibenci #video kurang sopan
;