Belum kahwin, T.O.P sudah pilihkan nama 'Coin' untuk anak Taeyang
Isabelle Leong
Disember 23, 2017 16:15 MYT
Disember 23, 2017 16:15 MYT
PENGUMUMAN penyanyi kumpulan Kpop terkemuka Big Bang, Taeyang, mengenai rancangannya mengahwini kekasihnya, Min Hyo Rin, menarik perhatian peminat dan netizen serata dunia.
Ramai di antara mereka hangat memperkatakan tentang video itu yang dikeluarkan DVD Big Bang Welcoming Collection 2015.
Sebahagian daripada video tersebut adalah mengenai pertanyaan Taeyang kepada anggota Big Bang yang lain iaitu G-Dragon, T.O.P, Daesung dan Seungri yang meminta cadangan nama untuk bakal anaknya.
Daesung merupakan ahli pertama yang memberikan cadangan nama.
“Nama keluarga Taeyang ialah Dong. Jika anak perempuan, saya cadangkan nama ‘Dong Seoyang’ (bermaksud barat dan timur) supaya dia memiliki seluruh dunia.”
Ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon pula mencadangkan nama ‘Dong Gubat’ yang bermaksud ladang di bandar jika penyanyi Ringa Linga itu dikurniakan anak lelaki.
Gurau senda sesama anggota Big Bang ini tidak terhenti di situ sahaja apabila T.O.P menyuarakan cadangan beliau.
“Saya rasa nama yang mempunyai satu suku kata sangat cantik. Jadi, Do Jeon (duit syiling).
“Nama Inggerisnya boleh disebut sebagai ‘Coin’,” celah T.O.P.
Cadangan beliau mengundang gelak ketawa ahli yang lain dan beliau sekali lagi memberikan cadangan nama yang lain.
“Apa kata Dong Katsu (daging khinzir), kalau anak lelaki?” kata beliau.
dailymotion.com / Cho Kang
Hanya masa yang akan menentukan sama ada Taeyang akan mempertimbangkan cadangan 'bernas' rakan-rakannya apabila beliau dan Hyo Rin menimang cahaya mereka yang pertama.
Pasangan selebriti ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 Februari 2018.
#anak
#Big Bang
#Big Bang Welcoming Collection 2015
#Daesung
#G-Dragon
#K-pop
#Min Hyo Rin
#nama
#Seungri
#T O P
#Taeyang