Bella Hadid wanita tercantik dunia - Kajian
Agensi
Oktober 17, 2019 09:20 MYT
Oktober 17, 2019 09:20 MYT
SUPERMODEL terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.
Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio, menjadikannya paling dekat dengan “idea kesempurnaan Greek purba.”
Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Dalam kajian beliau, Beyoncé menghuni tempat kedua, diikuti Amber Heard, dan Ariana Grande.
De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.
Dalam paparan seterusnya di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.
Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah, di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka.
#Amber Heard
#Ariana Grande
#Bella hadid
#Beyonce
#Dr Julian De Silva
#Greek Golden Ratio of Beauty Phi
#wanita tercantik dunia