Bella Dally tak mahu tumpang populariti suami Nazim Othman

Gempak
April 27, 2018 21:49 MYT
Pelakon jelita, Bella Dally mahu lebih menyerlah dalam bidang lakonan tanpa perlu dibayangi suaminya, aktor Nazim Othman. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON jelita, Bella Dally mahu lebih menyerlah dalam bidang lakonan tanpa perlu dibayangi suaminya, aktor Nazim Othman.
"Saya akui lebih ramai peminat yang mengenali saya sebagai isteri kepada Nazim. Sejujurnya, saya tidak terkesan dengan perkara itu, semuanya okay sahaja.
"Tetapi, saya turut menyimpan impian untuk maju melangkah dalam bidang lakonan. Saya mahu dikenali dengan nama sendiri.
"Terkini, saya sudah bersiap sedia untuk tampil dengan lebih segar dan mengatur perancangan serius dalam bidang ini. Semenjak awal Januari lalu, saya mendapat bimbingan daripada pengurus, Aina Liza Atan yang cukup berpengalaman.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya berharap semuanya akan berhasil. Saya tak akan berhenti berusaha untuk dikenali dengan bakat yang saya pertaruhkan," kata Bella ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 di KLCC baru-baru ini.
Menerusi acara tersebut, pelakon drama bersiri Cinta 11 Syarat ini gembira dan meluahkan rasa syukur kerana bergelar duta jenama Ariani untuk tahun keempat.
"Alhamdulillah, saya selesa bekerjasama dengan mereka. Saya bersyukur atas rezeki ini dan saya juga tidak segan untuk mempromosikan jenama ini kerana kualiti produk yang sangat baik dan dijual dengan harga berpatutan," katanya lagi.
#Bella Dally #isteri #keluarga #Nazim Othman #perkahwinan #selebriti #suami
;