Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu

Gempak
Mei 10, 2024 12:35 MYT
Kata Ayden, dia berjanji akan menjaga Bella dan tidak akan menyakiti hati ibu kesayangannya itu. - Foto Gempak
PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
Bella menangis dengar suara Ayden
Menerusi perkongsian di Instagram ERA.Je, kelihatan Bella bersama ibunya mengelap air mata selepas Ayden memberikan ucapan.
Kata Ayden, dia berjanji akan menjaga Bella dan tidak akan menyakiti hati ibu kesayangannya itu.
“Assalammualaikum mommy, Ayden nak cakap dengan mommy, Ayden janji tak akan buat mommy sedih.
“Nanti bila Ayden sudah besar, saya akan jaga mommy dan adik. Mommy jangan kerja sampai penat tau nanti sakit.
Mommy lagu ni untuk mommy, ibu engkaulah ratu hatiku. Mommy is the best in the world. Selamat Hari Ibu mommy. I love you so much,” ujarnya.
Ucapan itu merupakan hadiah kejutan dari team 3 pagi ERA bersama penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Namie pada Jumaat.
Sebaik sahaja selesai Ayden memberikan ucapan, Bella kemudiaannya tersenyum dan mengatakan itu merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Terima kasih itu hadiah yang paling terbaik. Ayden dan Ara adalah hadiah bermakna untuk saya,” ujarnya sebak.
Saksikan video penuh di bawah:
Untuk info, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Disebabkan itu, kedua-duanya menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.
Bagaimanapun, muncul pula individu dari Singapura yang mendakwa turut bergelar kekasih Aliff dan membuat pendedahan dengan berkongsi tangkap layar perbualan antara Aliff dan NRF yang didakwa sebagai Ruhainies.
Terbaharu, Ruhainies mengakui dia tidak lagi berhubungan Aliff Aziz selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan rumah tangga aktor tersebut.
Mahu memulakan kehidupan baharu, Ruhainies memberitahu dia tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut dan hanya mahu memfokuskan kerjaya seninya sekarang.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
#Bella Astillah #Aliff Aziz #Ruhainies #Hari Ibu #Ayden #khalwat
;