Belasungkawa 2015: Perginya mereka meninggalkan nama

Kohilah Sekaran
Disember 31, 2015 22:09 MYT
Selain Yus Jambu (gambar), negara turut kehilangan beberapa bakat lain tahun ini.
Dunia hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pelawak, Yus Jambu.
Yus, 39 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 30 November akibat sesak nafas.
Peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian Yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu.
Selain Yus, tanah air juga telah kehilangan beberapa bakat serta tokoh hebat tahun ini dan berikut adalah di antaranya:
DISEMBER
Aziz Desa
Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi 27 Disember di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.
Seniwati Momo Latif
Seniwati filem Melayu klasik, Momo Latif meninggal dunia pada usia 92 tahun di kediaman anaknya di Woodlands Ring Road, Singapura, pada 10 Disember lalu.
Tunku Abdul Jalil
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam, 5 Disember lalu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Seniwati Mariani
Seniwati Mariam atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam pada 1 Disember dipercayai akibat kanser usus.
Belaiu meninggal dunia pada usia 82 tahun.
OKTOBER
Azman Eusoff
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Felcra FC, Azman Eusoff, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital KPJ Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau meninggal dunia pada usia 51 tahun pada 6 Oktober lalu.
OGOS
Karim Latiff
Pelakon veteran Karim Latiff, telah disahkan meninggal dunia pada 18 Ogos di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru.
Belaiu meninggal dunia pada usia 78 tahun.
JULAI
Samsudin Lamin
Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 1 Julai lalu akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, di kediamannya di Kuang, Rawang, Selangor.
JUN
Tan Sri Omardin Mauju
Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal pada 20 Jun 2015, akibat komplikasi buah pinggang.
MEI
Ramli Hassan
Pelakon yang pernah memegang watak utama dalam filem The Red Kebaya, Ramli Hassan meninggal dunia pada 7 Mei akibat komplikasi kanser yang dialaminya.
Menurut laporan portal Daily Seni, pelakon yang turut pernah membintangi filem Anna and The King dan Histeria ini menghembuskan nafas terakhir di Sydney, Australia.
APRIL
Julie Dahlan
Penerbit filem, Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada usia 62 tahun pada 30 April lalu .
Julie, atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Haanii Shivrai
Pelakon serta Model tanah air, Haanii Shivraj meninggal dunia pada usia 29 tahun pada 13 April 2015 akibat kanser.
Azwan Annuar
Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar meninggal dunia di rumahnya di Kepong pada 18 April lalu akibat sakit belakang.
Allahyarham Azwan meninggal dunia pada usia 38 tahun.
Abdul Jalil Salleh
Wartawan hiburan dan penulis lirik veteran Abdul Jalil Salleh atau lebih dikenali sebagai 'Mama Juwie' dilaporkan meninggal dunia pada 3 April 2015.
Allahyarham yang berusia 62 tahun pada ketika itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kompilkasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.
MAC
Harun Salim Bachik
Pelakon komedi terkenal yang juga bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak pada 8 Mac lalu.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Masron Ali
Anggota kumpulan Black Dog Bone yang juga pemain trumpet, Masron Ali meninggal dunia pada 22 Mac lalu di Hospital Changi, Singapura.
FEBRUARI
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, meninggal dunia pada jam 9.40 malam 12 Februari 2015 di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Datuk Hasbullah Awang
Terlebih dahulu, pengulas sukan yang disifatkan sebagai 'suara sukan Malaysia' ini menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari.
#meninggal dunia #Selebriti tanah air #Yus Jambu
;