Bekas teman wanita tinggalkan nota untuk Jim Carrey sebelum bunuh diri

Madiha Abdullah
September 30, 2015 00:33 MYT
White ada meninggalkan nota untuk Carrey sebelum membunuh diri, namun isi kandungannya tidak didedahkan. - Foto Instagram @irish cat
Bekas teman wanita pelakon Hollywood, Jim Carrey, ditemui mati di apartment miliknya, disyaki membunuh diri.
Cathriona White, 28 tahun, ditemui terbaring di rumahnya di Los Angeles oleh dua rakannya pada Isnin.
Punca kematiannya masih disiasat.
White memuat naik status mengucapkan selamat tinggal di Twitter pada 25 September lalu.

Signing off Twitter, I hope I have been a light to my nearest and dearest. to yo all

— Cathriona white (@littleirishcat) September 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurumekap itu turut memuat naik satu gambar dengan kapsyen yang dipetik daripada pementasan The Land of Heart's Desire, karya W.B Yeats, di laman Instagram sehari sebelum itu.
Carrey dalam satu kenyataan selepas kematian White berkata, beliau tumpang bersimpati dan bersedih dengan pemergian White yang digelarkannya sebagai 'bunga Ireland'.
Laporan TMZ.com menyebut White ada meninggalkan nota untuk Carrey sebelum membunuh diri. Namun isi kandungannya tidak didedahkan.
White dan Carrey mula berpacaran pada tahun 2012 namun mengakhiri hubungan itu selepas beberapa bulan. Mereka kemudiannya kembali bersama Mei lalu, namun Carrey dikatakan memutuskan hubungan mereka Khamis minggu lalu.
#Cathriona White #Hollywood #Jim Carrey