Bekas suami Serina gagal dapat kebenaran perintah tunjuk sebab
Sinar Harian
Mei 21, 2018 10:53 MYT
Mei 21, 2018 10:53 MYT
AHLI korporat, Gavin Edward O’Luanaigh gagal dalam permohonannya mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi memerintahkan bekas isterinya, Serina Redzuawan mengemukakan sebab atas dakwaan pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Salehan Yatim sebentar tadi.
"Selepas meneliti eksibit dan hujahan dikemukakan, mahkamah menolak permohonan pemohon," katanya tanpa membacakan alasan kehakiman.
Dalam keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan Gavin selaku pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin ketika ditemui berkata, pihaknya perlu meneliti alasan penghakiman terlebih dahulu bagi tujuan itu.
Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41 tahun, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu di sini.
Dalam permohonan itu, Gavin mendakwa banyak pelanggaran perintah persetujuan bersama oleh Serina antaranya membenarkan anak mereka, Tristan Tareef, 7 tahun, dan Isabella Safiyya, 5 tahun, tidur sebilik bersama bapa mertuanya, Chef Wan, pada 3 Disember lalu.
Selain itu, Serina juga didakwa memburukkan dan memperlekehkan Gavin termasuk mendakwa bekas suaminya itu berkhalwat menerusi penghantaran di Instagram pada 19 dan 20 Mac lalu.
Pada 1 Ogos 2017, Gavin sah menceraikan Serina di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.
#anak
#cerai
#Chef Wan
#ex parte
#Gavin Edward O Luanaigh
#mahkamah syariah
#pelanggaran perintah
#perkahwinan
#persetujuan bersama
#Salahudin Ghaffar
#Serina Redzuawan