Bekas peserta American Idol Nikki Mckibbin meninggal dunia
Asyraf Roslan
November 2, 2020 13:15 MYT
November 2, 2020 13:15 MYT
BEKAS peserta American Idol musim pertama, Nikki Mckibbin dilaporkan meninggal dunia pada umur 42 tahun.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh suaminya, Craig Sadler menerusi satu catatan di laman Facebook.
Penyanyi dari Texas, Amerika Syarikat itu dikhabarkan meninggal dunia selepas menderita aneurisma otak pada hari Rabu dan bantuan pernafasan telah ditanggalkan pada Ahad.
Anak lelaki kepada penyanyi tersebut, Tristen Langley memaklumkan kepada media antarabangsa bahawa ibunya telah meninggal di Arlington, Texas.
Pada masa sama, dalam satu kenyataan, American Idol juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan McKibbin.
"Nikki McKibbin adalah bakat yang luar biasa dan kami sangat sedih dengan berita kematiannya,"
"Dia adalah sebahagian daripada keluarga American Idol dan kami benar-benar merasai kehilangannya," kata rancangan TV itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.
#Nikki McKibbin
#American Idol
#meninggal dunia
#keluarga
#Facebook
#Twitter
#Media
#Amerika Syarikat