Bekas pemain bass 'Bon Jovi' Alec John Such meninggal dunia

Astro Awani
Jun 5, 2022 06:20 MYT
Bekas pemain bass 'Bon Jovi' Alec John Such meninggal dunia pada usia 70 tahun.
BEKAS pemain bass kumpulan rock terkemuka era 80-an Bon Jovi meninggal dunia pada Ahad.
Berita pemergian Alec John Such, 70, diumumkan ketua kumpulan yang juga penyanyi utama Jon Bon Jovi di akaun media sosial dan juga di laman rasmi kumpulan.

Alec, you will be missed pic.twitter.com/ilfTeYyQhR

— Bon Jovi (@BonJovi) June 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami sangat sedih mendengar berita pemergian rakan tersayang kami Alec John Such.
"Dia anggota asal kumpulan. Sebagai antara pengasas Bon Jovi, Alec seorang yang penting dalam pembentukan kumpulan ini.
"Sejujurnya, kami bertemu antara satu sama lain melalui mendiang. Alec kawan zaman kanak-kanak Tico (Torres) dan membawa Richie (Sambora) untuk melihat kami buat persembahan.
“Alec sentiasa aktif dan menjiwai kehidupan. Hari ini, kenangan istimewa ini membawa senyuman dan air mata di wajah saya.
"Kami amat merinduinya.”
Punca kematian Alec bagaimanapun tidak dinyatakan.
Alec merupakan sebahagian daripada barisan asal kumpulan rock Bon Jovi yang diasaskan pada 1983 di Sayreville, New Jersey.
Selain Alec John Such dan Jon Bon Jovi, anggota kumpulan asal yang lain terdiri daripada Tico Torres (dram), David Bryan (keyboard) dan Richie Sambora (gitar utama).
Alec John Such meninggalkan kumpulan Bon Jovi pada tahun 1994.
#Alec John Such #bon jovi #Richie Sambora #pemain bass meninggal dunia
;