Bekas Mat Rempit antara peserta Pencetus Ummah 2

Gempak
November 5, 2014 03:49 MYT
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis Namanzee Harris, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, dan mempunyai peluang kedua untuk berubah.
Program pencetus Ummah (PU) kembali lagi dengan musim kedua dan yang pastinya kali ini membawakan sedikit kelainan apabila bekas mat rempit merupakan antara peserta PU.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis Namanzee Harris, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, dan mempunyai peluang kedua untuk berubah ke arah kebaikan.
“Saya tidak kongsikan namanya siapa, cuma saya ingin jelaskan program ini memberi ruang kepada mereka untuk berdakwah."
"Kisah yang lalu itu telah dijadikan pengajaran, dan tidak salah bagi diri seseorang itu ingin menyampaikan dakwah mereka dengan ikhlas,” katanya di majlis sidang media pengumuman 10 peserta pencetus ummah musim kedua di ibu negara.
Tambahnya lagi, para peserta amat bertuah kerana mendapat barisan tenaga pengajar yang amat berpengalaman yang akan membantu mereka mencapai misi ini.
“Kami berharap agar para peserta dapat mengambil peluang ini untuk mencedok segala ilmu untuk bekalan di masa depan.”
“Ini kerana Pencetus Ummah bukan hanya sebuah program televisyen semata-mata, tetapi sebuah program yang melahirkan pendakwah,yang kelak akan kembali ke pangkuan masyarakat,” ujarnya.
Sepuluh orang peserta Pencetus Ummah musim kedua yang terpilih adalah Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAEI), 24 tahun dari Kedah; Amir Shahrizal Md Sharif (PU AMIR), 37 tahun dari Kedah; Azihal Bangsawan (PU AZIHAL), 31 tahun dari Sabah; Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN), 29 tahun dari Pahang.
Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF), 34 tahun dari Pahang; Mohd Nasri Bin Abd Manap (PU NASRI), 40 tahun dari Kedah; Suhaimi Mohd Yunus (PU SUHAIMI), 34 tahun dari Perak; Johani Ibrahim (PU JOHANI), 30 tahun dari Johor; Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU FAIZ), 25 tahun dari Kelantan dan Azman Syah Bin Alias (PU AZMAN), 33 tahun dari Kuala Lumpur.
Nantikan pengumuman pengacara Pencetus Ummah musim kedua dan para juri di Mimbar Pencetus Ummah minggu pertama secara langsung pada Khamis, jam 9.00 malam, 13 November 2014 nanti di Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran 135).
#Pencetus Ummah #Pengurus Saluran Astro Oasis. Namanzee Harris #PU