Bekas isteri Ally Iskandar bawa anak sambung belajar di UK

Gempak
September 14, 2018 14:00 MYT
Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.
SEMPENA kedatangan Awal Muharam, bekas isteri kepada pengacara televisyen popular Ally Iskandar, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.
"Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah.
"Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan," tulisnya ringkas di Instagram.
#Ally Iskandar #anak #Farah Lee #Instagram #United Kingdom
;