Bekas deejay radio meninggal dunia akibat penyakit misteri
Gempak
Mei 20, 2018 09:05 MYT
Mei 20, 2018 09:05 MYT
BEKAS penyampai radio, Rafly Rahamat, 32, menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7 malam semalam di kampung halamannya, di Kuantan, Pahang.
Rafly yang pernah bertugas di radio Hot FM Terengganu dan Manis FM itu difahamkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.
Sebelum ini, Rafly dimasukkan ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan sejak April lalu disebabkan hilang selera makan hingga menjadikan tubuhnya susut mendadak.
Menurut kenalan terdekat, Rafly difahamkan menderita penyakit misteri.
Kali terakhir Rafly mengemaskini akaun Instagramnya sekitar tiga hari lalu dengan harapan menginginkan tubuh badannya seperti sedia kala.
Kehilangan Rafly mendapat perhatian beberapa teman rapatnya yang pernah bertugas bersama untuk mengutuskan salam terakhir.
Antaranya, Syazwan (Manis FM), El (Hot FM) dan Bienda yang pernah bertugas di stesen radio Manis FM.