Bekas anggota One Direction, Zayn Malik jadi ikon projek anti jihad

Madiha Abdullah
Mei 18, 2015 11:08 MYT
Zayn diharap dapat mempengaruhi gadis-gadis muda agar menjauhi aktiviti keganasan.
Bekas anggota kumpulan pop One Direction, Zayn Malik, dijadikan ikon sebuah projek anti-jihad untuk mempengaruhi gadis muda agar menjauhkan diri daripada aktiviti berkaitan jihad dan keganasan.
Projek dinamakan Prevent Engage and Inspire itu dipelopori bekas peserta The Apprentice, Nurun Ahmed, lapor Inquisitr.
Ia dimulakan selepas tiga gadis muda dari Britain; Amira Abase, Kadiza Sultana, dan Shamima Begum, didakwa melarikan diri dari rumah masing-masing untuk ke Syria dan berkahwin dengan militan IS.
Gadis-gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang dan kumpulan IS kini sedang mencari mereka.
Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada mereka akan dibenarkan memasuki Britain seandainya mereka berhasrat untuk pulang.
Menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi, pihak berkuasa Britain bimbang lebih ramai yang akan bertindak melarikan diri ke Syria, memandangkan bulan mulia untuk umat Islam itu jatuh pada waktu cuti musim panas.
#Islamic State #One Direction #Zayn Malik
;