Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Gempak
Disember 23, 2024 18:40 MYT
Disember 23, 2024 18:40 MYT
BEKAS ahli kumpulan Dolla Syasya Rizal selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Ringkasan AI
- Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal, selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki bernama Muhammad Yassir Hayyan.
- Syasya dan suaminya, Nasrullah, mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu, dan Syasya mengumumkan kehamilannya pada September.
- Syasya mengundurkan diri dari kumpulan Dolla pada April lalu kerana hal peribadi dan kemudian mengesahkan pernikahannya.
Amanah terbesar buat dirinya dan suami
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk kehidupan yang dipenuhi dengan cinta dan tujuan, sebagai balasannya beginilah cara kami mengakhiri tahun.
“Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian itu lantas meraih perhatian peminat termasuk golongan selebriti seperti Angel DOLLA, Yasmin Aziz dan ramai lagi.
“Congratulations, So happy for the both of you.
“Tahniah buat Syasya dan suami.
“Alhamdulillah, tahniah Syasya sayang,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira mengesahkan sedang hamil cahaya mata pertama.
Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan, namun kemudian mengesahkan sudah bernikah. -Gempak